FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
Sebab rindu
April 27, 2015 | 11:47 AM | 0 comments
Assalamualaikum. dah lama tak update blog. rindu nak bercerita macam dulu. sekarang pun dah busy sebab belajar. Hidup dekat IPT ni memang berbeza berbanding di sekolah. Kalau kat sekolah boleh berseronok lagi dengan kawan-kawan lama. Apa yang aku rasa sekarang. Aku rindu sangat dengan kawan lama aku. Entah bila nak jumpa tak pasti. semuanya sibuk dengan haluan sendiri.

Sampai ada hari aku jumpa kawan yang paling rapat dengan aku pun dah tak semesra seperti dulu. 

"Ke manakah hubungan kita seperti dulu?"

Soalan yang tertanya-tanya pada diri sendiri dan masih mencari di manakah kekurangannya. Bukanlah bermasam muka apabila berjumpa. Cuma bila ada suatu tahap tu taktahu nak bercerita tentang apa. Mungkin kita sudah berjalan menuju ke arah kedewasaan. Kedewasaan untuk memikul tanggungjawab yang ibu bapa beri. Baiklah. Mungkin bukan masanya.

Pernah berjauhan dengan separuh hati kau? Dengan soalan ini aku ada jawapannya. Ada. Sedang pernahlah ni. Tetapi mengenai hati tidak semestinya dengan seorang lelaki kan? Tidak mengapa. Aku masih menunggu dengan ketemuan dari Ilahi. 

Seorang adik yang selalu dengar perbualan aku. Aku, sama sepertinya. Berkongsi apa-apa jua masalah dalam dunia sendiri. Umur kami sebaya. Aku kakak, dia adik. Aku lahir 10 minit selepas ibu melahirkan adik aku. Aku membesar bersamanya. Sepanjang hidup sehinggalah sekarang. Kami sudah pun remaja. Kami sambung belajar di IPT bidang yang sama kami minat tetapi lain pula tempatnya. Dia di selatan. Aku di pantai timur. Jauh bagi aku.. Berpisahan ini.

Sekarang aku rindu untuk berjumpa dengannya. Aku sedang cuti semester. Tidak lama lagi aku sudah pun pulang ke sana semula disebabkan ada kem.. Jadi aku tak dapat nak jumpa kau. Selisih lah kita. Banyak yang aku nak cerita. aku harap masa puasadan raya dapat jumpa kau. Aku rindu walaupun kita selalu whatsapp guna voice sekalipun. Aku rindu nak tengok muka yang sama macam aku. Sebab cakap dengan kau lah aku dapat jadi diri sendiri. Aku dapat berasa perangai dulu aku. hahaha. Mungkin aku banyak berubah sepanjang aku kat sana. Kau pula tetap sama. Aku kagum dengan kau. Puas dah aku cerita pasal ini. Terlepas rindu. Semoga bertemu adik :)

Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna