FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
I'm a big girl now!
May 12, 2014 | 4:52 PM | 0 comments
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, aku sihat dan aku harap korang yang membaca blog ni pun sihat sejahtera. Dukacita UPU untuk permohonan sambung belajar ke IPTA tidak bejaya. Sedih, buntu semua ada. Sebelum tu, aku pun dah berhenti kerja lebih awal daripada keluarnya keputusan UPU. Sebabnya aku pergi mendaftarkan diri tingkatan 6. Yeah. Mula-mula sesat nafas juga bila nak mengaku. Tapi sekarang, aku sudah membiasakan diri untuk menyiapkan diri. Tak tipulah bila aku kata aku dapat tingkatan 6, orang kata " Susah la adik. Kenapa masuk form 6? " Benda-benda macam ni lah aku malas nak komen banyak. Baik aku diam. Termasuk minggu ini dah masuk 2 minggu kami orientasi bersama senior dan junior kami berinteraksi. Seronok dan mencabar bagi kami yang masih baru untuk menjadi seperti mereka yang berani bersuara di depan khalayak orang ramai.

Hari inilah hari yang boleh menyatakan "hari sesi perkenalan dan pertalian kasih kepada sesama kita." Alhamdulillah. Aku betul-betul rasa yang aku enjoy dengan mereka yang suka menangkap gambar, baik, ceria, walaupun ada lah yang poyo-poyo sikit tu hhihihiihi. But mereka sangat caring dan baik hati okay! Sesi persahabatan dalam group pun aku berpuas hati. Pun dapat leader yang layan semua pendapat kami. Aku tak tahulah siapa nama abang sunior yang menjaga group Star Wars ni. Tapi dia mempunyai sifat pembimbing dengan group kita. Terima kasih. Macam-macam cabaran yang kita tempuh. Dengan tepukan yang kita cipta pun sudah membuatkan kita berasa semangat. Korang tahu? Aku tak pernah merasa macam mana menjadi seorang yang bekerjasama, tolong-menolong and something is feel like one family!

Semua permainan kita usahakan dan semua mengerluh dengan senyuman yang begitu bersyukur sekali. Dan sebenarnya Senior kami mencari bekerjasama sesama kumpulan dan bukanlah mencari permarkahan. Alhamdulillah. Kumpulan Star Wars memperolehi tempat kedua dalam 5 kumpulan sepanjang rancangan perikatan antara senior dan junior. Memang aku tak sangka. Then, sama nak bahagi hadiah tu. Akak-akak semua ajak selfie. Hahha. Memang wajib kut. Nevermind lah. Kalau masih ada gambar yang tersimpan. Aku pun nak :P

So, aku dah besar. Kita semua pun dah besar. Aku tahu banyak lagi perkara yang susah yang perlu kita hadapi. Dengan perasaan sabar dan rajin usaha. InsyaAllah dengan restui Ibu bapa dan Allah. Semuanya tidak akan menjadi sesuatu yang mustahil. Semoga Allah memberkati dengan semua urusan kita pada hari ini dan seterusnya kelak. Amin.

Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna