FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
SPM 2013!
March 22, 2014 | 10:43 PM | 0 comments
Assalamualaikum. Disebabkan tajuk pun SPM. Kita pun letaklah gambar kita yang skema dulu. Rindu sangat tau xD Let's kita bercerita tentang hari khamis yang lalu. Aku sebenarnya sangat gementar. Aku try juga buat cool tapi tak boleh. Semua tak boleh pakai dan tak menjadi. Huuuu dan dan je aku tengah buat kerja tu tetiba sakit kepala pulak. Terasa sangat yang aku ni semakin tua :P hahaha. Tak kira masa belajar nanti aku nak fitness kaw kaw. haha. Berat pun dah semakin hmmmm hehehehehhh malas malas. Then, balik kerja tu aku terasa tenang sikit. Apatah lagi Fyra call bebel-bebel. Then aku dengan nini pengaruh bebel-bebel jugalah. hehe. Sampailah keesokkan harinya. Aku bangun pagi-pagi. Dengan sesudah membuat ibadatnya alhamdullilah. Then potong kuku *bajet cikgu nak check je siapa tak potong kuku* kekekekehhh i don't care dan aku yang aku buat semua tak terasa. Makan sikit dah kenyang. Termenung. Dan sebagainyalah.

Masa nak bertolak tu pula, aku terasa macam taknak pakai kasut. Means aku ni taknak pergi sanalah. Tapi, kita harus juga pergi dengan kelambatan... Time ambil Fyra pula, Fyra dengan Mak dia sempat buat telatah tengah hari mereka tu. Fyra tak kasi Maknya ikut ambil result dia. Padahal Mak dia dah bersiap dah. Siap berkata lagi "aku dah pakai seluar cantik-cantik dah ni." hihihi comel okay mereka :* Aku berkesempatan juga bersalam-salaman dengan Maknya. Terhentinya kereta kenari yang tough tu betul-betul depan gate sekolah. Salam Mama, Mama kata goodluck. Terima kasih. Masuk jeaa, terus ternampak geng-geng gemuk si Hadi ni. Hahaha. Kawan sekelas aku semua? Diorang tak ambil result lagi rupanya. Then jumpa kawan-kawan peluk-peluk kuat-kuat dah puas then baru mengeletar ambil result.

Antara aku dengan sahabat dan geng Hadi. Kiteorang yang beratur dahulu. Dan mula-mulanya Fyra. Dia sangat teruja apabila telah mendapat result yang sangat baik sambil peluk cikgu sampai terharu. Aku pun sangat terharu. Aku bangga dengan result kau kawan :) Then tibalah saat yang gementar sampai nak berlari dari sini. Tapi aku bersalam dahulu dengan Pn Ain. Cikgu tanya khabar minta tandatangan semua. Then dia cakap dekat aku. "Kalau awak nak peluk saya, awak jalan pusing meja ni tau?" Aku berasa sangat pelik gila. Macam rasa tikam dengan pisau dekat jantung ni!! Ya Allah! hehe. Cikgu Ain tengah cari-cari result aku tu aku cakap dengan dia "Cikgu, saya takut." Dia senyum. "Cikgu, saya takut..." Cikgu senyum nampak gigi. Aku cakap lagi "Cikgu, saya taaaakkkuuuttttt!" Then, dia pun tunjuk result SPM tu dekat aku. Ya Allah!! Betul ke apa yang aku nampak ni??? Then, aku berlari pusing peluk dia. Aku cakap laju-laju sambil peluk dia " Cikgu, saya dapat A" "Cikgu, saya dapat A" "Cikgu saya dapat A!"Aku memang tak sedar apa yang aku cakap. Terharu sangat-sangat. Pn. Ain pun jawablah "Ye awak dapat A!" Ya Allah. Aku betul-betul tak sangka yang doa aku diterima. Syukur Alhamdullilah.. Yang lain pun dapat result yang best-best! Pun memang tak sangka yang sejarah aku lulus! Alhamdullilah Ya Allah. Sempatlah peluk Nasihah, Fana, Fyra dan Nini. Sampai menangis. Sangat rindu mereka. Sangat-sangat. Keputusan Nini pun sangatlah berbuat aku berbangga kepadanya. Tanniah Adikku :)

Then, semua pun berkumpul dekat bilik MPV. Sempat lepaskan rindu dengan junior-junior sana. Terutamanya dengan Syikin. Romantic sangat tau kita sampai cium-cium. Hihihihi. Then, lepaklah dengan semua yang ada! Rindunya!
  hewheww :3

Sahabat selamanya, dari tingkatan 1 sampailah sekarang :)

With Azrul yang buncit. Bila nak main kejar-kejar ramai-ramai ni? xD

Okay, snap dalam pancaran sinaran matahari ni memang cantik sementara menunggu Pn. Ain dan 
Pn. Hafizah yang menganjak semua 5 Kreatif 2013 lunch.




Beginilah mereka. Dan masa ini sangat meriah! Dengan Sorang-sorang gelak kuat. Bercerita pasal Cheeah. PLKN. Siapa yang gelap dan gemuk. teetttt hehehehehe

Masa nak balik pula Pn. Ain hantar ke tesco. Cikgu sempat bercerita tentang kerja sehariannya dan semuanya aku rasa semua sudah berubah.Kesian Cikgu dah tak bersosial macam dulu. Terharu dengan hari itu Cikgu ketawa paling kuat. Lega rasa bila dia kata dia tidak stress pada hari itu. Dah pun sampai Tesco, cium-cium cikgu. Aku dan lain-lain kata dekat dia. Terima kasih cikgu sebab ajar saya sampai saya dapat A. Dia pun kata alahai, sweetnya. Okay, sama-sama. Dan kami pun berpisahlah. Dengar juga akan merancang tentang hari perjumpaan kelas 5 kreatif nanti. InsyaAllah aku berharap sangat menjadi. Dapat jumpa kawan-kawan lepak lama-lama.

Then, dah senang hati pergi tgv. Tengok wayang cerita need for speed with them <3 p="">

Time ni nak dekat malam. Nak meraikanlah katakan! Papepun cerita tu sangat best. Terhibur rasanya! Jumpa lagi kawan-kawan!!

Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna