FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
My Sunday
March 10, 2014 | 9:49 PM | 0 comments
Assalamualaikum. Everyone, aku dah tak sanggup nak sambung last entry pasal kerja aku tu. Aku memang malas nak ingat dan dikenang balik. Dahlah adik aku dah berhenti. It's so and very complicated. Tapi kiteorang hanya mampu bersabar dan terima hakikat. A sad thing, I feel a bit of a scare right now. Just don't know why and I scare to talk the truth what I scare about?  Hanya mampu berdoa.

Aku suka bercuti. Hari cuti aku pada setiap hari Ahad. Bermulalah dengan hari Ahad semua aktiviti aku berjalan-jalan. Baru je plan nak lunch dengan papa mama sekali, diorang masak kat rumah then makan. Hm takpelah. Maybe lain kali. Jadi orang berumur 18 ni memang mengelirukan. Suka berfikir tentang apa yang akan terjadi pada kita nanti. Itu pada aku lah. Kalau korang maybe lain. *cehh* Tak kisahlah. Tapi aku terasa sangat yang semua memang dah berubah. Dunia yang kita jejak dulu memang tak sama dengan sekarang. Dengan yang sekarang aku rasalah aku menjadi ketakutan. Maybe this is the best way aku boleh mengarut dan merapu di sini walaupun orang yang baca tak paham. Takpelah. Biarkan aku je yang boleh baca ~

Sambung yang tadi. Pasal aktiviti hari Ahad tu? Aktiviti aku menyiarap lee. Jalan-jalan tengok pandangan, lepaskan stress yang pernah kita alami dalam minggu yang lalu. Tempat yang kiteorang kunjungi yelah IOI. IOI je? Kejap kau, aku tak habis cerita lagi. And then, we go to Subang Parade! Wee~ Walaupun kat sana macam sunyi tak meriah. Tapi not bad jugalah. Sebab masa aku pergi tu ada discount barang-barang kat sana. Boleh tahanlah harga dia. My favourite part masa pergi ke butik Tropicana Life! Harga semua gempak! Abang dengan adik dapat bag seorang satu kat sana. Awek Abang aku belanja. cantik jugalah. Aku malas nak tunjuk gambar sebab aku malas nak letak. hehehe. maaf. Adik keliru dengan warna kontra lagi terang dekat sana. Then, dia sibuk nak tanya aku. Aku ni dah lah tengah feeling tengok design design bag, baju diorang dekat sana. Then nini cakap " Hey, I ask you. Bag ni cantik ke tak???" Aku pun jawablah laju-laju "ye cantik cantik cantik!!" Then pelayan india, abang dengan kak fatin pun gelak. Diorang tergelak tengok telatah aku dengan adik rupanya. Tapi, happy jugalah tengok diorang gelak pasal benda yang terlepas cakap ni kan? hehe

Bagi aku ini cute and sweet moment. Jarang yang terjadi sebenarnya. Dan sejujurnya kita akan menjadi tenang dan terasa hilang semua masalah bila kita dapat buat orang lain happy dengan kita. Aku tahu itu susah tapi kalau kita ikhlas dan beradab, insya'Allah. Di sini aku post pasal benda semua ni bukanlah nak minta korang buat dengan apa yang aku buat ni. Ini cuma sebagai perkongsian. Aku suka berkongsi sebenarnya tapi cuma masa tak berkesempatan. Okay sampai di sini saja. Perbualan kita. daaaa~~~ Dan apa yang aku harapkan adalah Ahad. Semoga Hari Ahad muncul lagi. Kalau boleh nak meluangkan masa untuk semua family dan kawan aku! Rindu 4-5Kreatif , our classmate!

Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna