FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
Rindu
January 12, 2014 | 5:18 PM | 0 comments

Assalamualaikum semua. Aku rindu kawan-kawan aku ni. Dalam gambar tu? Ya, kami semuanya satu keluarga ketika berada di sekolah. Walaupun berlainan kaum dan juga latar belakang. Walaupun dulu aku tak berapa suka nak datang disebabkan hal dalam sekolah ni, tapi, sebenarnya koranglah banyak bagi semangat aku untuk maju ke depan. Korang ada rasa macam tu? :) Terima kasih dengan lawak yang tak seberapa dan lawak superstar korang tu. Aku kalau nak gelak kat sekolah cuma tak boleh gelak masa Pn. Cheeah mengajar je. Hahha. Tahan gelaklah katakan xD Nanti dia tegur pula, 'jangan gelak, nanti ilmu keluar.' hehe. Well, sekarang ni pun jarang sangat berjumpa. Entah bila pun tak tahu. Hari tu diorang kata nak bercuti dengan 1 kelas. Tapi tak jadi pun. Entahlah.

Banyak kenangan manis dan pahit bermain dalam fikiran aku ni. Kadang-kadang tersenyum sorang-sorang lagi. Belum lagi gelak tawa. Itu lagi bahaya. Haha. Macam aku cerita kat Kak Husna masa habis SPM dulu, aku bersedih sebab aku dah habis sekolah. Then, Kak Husna cakap, 'chill lah adik, setahun lagi adik akan menangis sebab rindukan diorang.' Tapi, selepas sehari itu berlalu aku pun menangis. Rindu sangat dengan kawan-kawan sekolah tu. Nasib time birthday aku call semua kawan, yang tak angkat pun ada. Sedih jugalah. Then, Amri kata rindu. Hadi kata nanti kita jumpa. Fyra kata happy birthday and rindu. Faiz cakap aku blur. Azrul tanya khabar. Hakim cerita pasal budak kerja dia. Arsyad minta belanja. Planning something dengan Rudy. Dan ramai lagilah actually. Sorry kalau terlupa. hehhe.

Tadi aku ter-stalk instagram Cikgu Ain, ternampaklah gambar ni

Sangat comel gambar ni. Time ni waktu persekolahan pada hari sabtu. segelintir pelajar je yang datang. Tapi sangat bahagia okay xD

Dan ini gambar kelas kiteorang pada tahun lepas. Masa ni 3 orang takda dalam gambar ni. Wani dengan Rezlan tak datang. Fyra dapat bermain hoki di peringkat daerah.

Talk about this picture. Kami dari Unit berunitform Kadet Bomba dijemput pergi ke Sri Pentas Astro di Bukit Jalil untuk menonton Kaunter Keboom! hehe. 

Time ni last day aku di sekolah. Saja nak tayangkan semua gambar pada tahun lepas. Rindu masa nak bersekolah. Sangat. Dan time ni, baru lepas sesi berconteng baju sekolah. Hehe. Comel kan? Ada lagi baju sekolah yang sudah dilipat dalam almari :')




Nice picture, beautiful memories. Aku juga rindukan Cikgu Sarah. Hahha. Terima kasih Cikgu. Cikgulah yang mengajar saya untuk menjadi seorang yang lebih berani :'D

Habisnya sukan tara. Lepas ni takda dah training. Tiada lagi perkataan " pergi sama-sama, balik sama-sama" Sekarang semuanya kenangan :'D

Time ni ada jamuan PSS dan Sidang Redaksi di Hotel The Palace Of The Golden Horses. Aku bukan PSS. Aku bukan Sidang Redaksi. Adik aku yang unit grafik dalam Sidang Redaksi. Cikgu Ju ajak aku join sekali. Hehe. Terima kasih Cikgu. Best-best free gift dan lucky draw ni. Dapat botol air. Hehe

 And last, I miss you Fyra. Kiteorang terlalu rindukan kau. Merajuklah juga bila kau pergi PLKN macam tu je kan? :( Tiada sebarang kata-kata terakhir. Tolong rindukan kiteorang di sana. Aku dan Nini sangat sayangkan perhubungan persahabatan kita ni. Insya-Allah kiteorang datang untuk merawat kau nanti. Bergantung juga dengan keadaan. Terima kasih juga sebab bagi aku dan nini semangat untuk melangkah ke hadapan lagi. Terima kasih juga sebab kau anggap kiteorang ni insan yang penyeri hidup kau. Tolong jangan lupakan kiteorang okay? Banyak lagi planning yang kita belum melaksanakan lagi :")  


Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna