FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
Raya Batch 96's
August 26, 2013 | 12:31 AM | 0 comments
Assalamualaikum. Selamat Hari Raya :) Dalam bulan syawal ini, kawan-kawan kami pasti akan mengadakan rumah terbuka. Kalau aku, aku cakap 'open house' *bajet orang putih* well, biasalah :P Okay, nak jadikan cerita. Pada minggu ini kami seharusnya ke sekolah. Kami pergi juga untuk menghadiri seminar bengkel menjawab bahasa melayu. Penceramahnya itu bukannya calang-calang orang. Beliau seorang penulis buku latihan bahasa melayu bertajuk 'twitter' (buku latihan bahasa melayu tingkatan 5 tahun 2013) Khairulddin Ayip nama beliau.

Balik sekolah, tidur, bangun. Then bersiap-siap untuk pergi rumah Ain. Dalam pukul 3, tengok ramai kawan-kawan dah sampai~ I just wondering, awalnya diorang sampai? Tak penat ke? Aku duduk, Ain pun suruh aku makan. Bila aku tengok makanan Arfatin, ada laksa kooo.. Jujur aku tak makan laksa. Tapi aku makan juga tak tahu kenapa -.- bagaikan tolak batu dengan kayu aku makan laksa tu. hahha, sedap kot? hehe.

Habis makan kat rumah Ain. Kiteorang terus ke rumah Aiman. Budak baru di sekolah kami pada tahun ini. Kalau korang nampak gambar kat atas tu, dia pakai baju hitam, buat peace. Yeah, itu ialah dia. Aku kenal dia pun dari Fyra. Naik satu van Ramu dengan Fyra. Dia pun okaylah, sangat peramah orangnya. Di rumah dia, aku makan bihun sup. Sup mak dia sangat sadop. Tapi dia mengaku sendiri dia yang masak. Kalau tak caya nak buat macam mana? :PThat moment pula, Nenek Aiman dengan adik dia macam tak percaya yang kawan Aiman akan datang seramai begitu. Dia cakap sekali, Abang ni ramai peminat. Hanya sebab ramai perempuan datang ke rumahnya. hahha. Habis je makan kiteorang pun snap gambar untuk kenangan raya dan last year as a senior :')

 Team perempuan :) Lelaki tu sibuk xD

Berdiri mengikut ketinggian. Saya dah tinggi! :P

 Semua pun sudah meminta diri untuk pulang. Aku lepak di taman permainan bersama mereka sementara si nini merempit dengan Fyra. Tak lama tu pula, Fyra ajak raya di rumah neneknya. Habis je beraya dengan nenek Fyra.  Anis, Jeki and Atika pun nak balik. Tinggal aku seorang dengan Aiman while Fyra dengan Nini pergi merempit lagi. Seriously aku pun segan juga dengan Aiman. Tapi cara perbualan dia tu sangat best. Dia cakap bahasa Kedah. Sangat senang bila berbual dengan dia. hahaha. Teringat masa aku gelak macam orang gila depan dia. Sumpah malu. Dia ahhh buat lawak :P

Kami comel dan saya tahu ^^

Adik kau comel seriously. Tembam dia macam kau :D




Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna