FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
Hoki 2013 :')
April 15, 2013 | 8:00 PM | 0 comments

Assalamualaikum kawan-kawan yang awesome. Kali ini aku mahu menceritakan pengalaman aku mewakili Kejohanan Hoki Petaling Perdana di Pandamaran, Klang, Selangor. Sudah 4 tahun saya main hoki, dan tahun ini baru aku reti main. Hehhe. *tutupmuka* Untuk pengetahuan awak semua tahun ini last saya main hoki dan sekolah di SMK PBP1 ini. Maklumlah aku senior di Sekolah tu. Selama 3 hari aku tiada di sekolah.

8 April 2013 : Start pukul 0630 kena sampai sekolah. Kerana bus datang awal. Lagipun kami takut kesesakkan lalu lintas. Tambahan pula, hari pertama yang kami hadapi ini lelaki game yang pertama. Dalam setengah jam perjalanan dari Puchong ke Pandamaran, Klang. Datang-datang, kami sekolah yang first datang. Alhamdulillah, sebarang perlawanan pun belum bermula lagi. Sekolah Bandar Kirara Seksyen 19 *taksilaplah*sebagai tuan rumah juga tidak bersiap sedia lagi. Then, budak lelaki pun sempat melakukan senaman memanaskan badan. Tidak lama itu, perlawanan pun bermula. Sekolah kami berlawan dengan SMK Puchong Utama 1. Alhamdulillah. Sekolah kami menang 1 : 0. Taniah.
Perlawan yang kedua pula, mereka berlawan dengan Sekolah Seri Indah dan mereka berjaya membelasah 4 : 0.  Lepas tu, tak ingatlah diorang lawan sekolah apa. Tapi menang -.- #ehhh?

9 April 2013 : Tersedar saya pada pukul 5 pagi. Kerana hari ini merupakan perlawanan hoki perempuan pula. Ke hulu-hilir saya bersiap kerana dikuatiri lewat ke sekolah. Nasib baik kertas MSSD pun selesai, aku pun duduk dengan tenang. Semasa dalam bus, kami sekumpulan perempuan diberi makanan sedikit ringan seperti sandwich telur kegemaran saya. Rasa selesa sikit perut kerana di isi makanan yang aku suka. Dalam pada masa sama, Cikgu turut membincang kepada kami. Sejurus turun ke bus teruslah menyalin pakaian untuk perlawanan nanti, dan kami pun bersetuju. Tidak lama itu, Cikgu mengajak kami membincang tentang perlawanan antara kami dan juga sekolah Puchong Utama 1. Kami juga susun strategi untuk berlawan kepada sekolah tersebut. Walaupun, badan mereka besar-besar. Cikgu yakin yang kami boleh menang. That's part I'm hope so :')
Perlawanan tidak lama lagi akan bermula. Kami membuat memanaskan badan dan terus memasuki padang Pandamaran. Aku yang dahulu menghadap musuh kerana aku mendudukki posisi depan sekali :P Then, memekak memekak, alhamdulillah kami dapat tewaskan pihak musuh dengan mata 5 : 0. Taniah kepada Fyra dan Syarifah. Tapi yang sweetnya mereka berbalas kata-kata kami yang memuji mereka dengan "kita kan satu team? Kitalah menang!" How sweet there are :')
Game kedua pula, kami berlawan dengan Sekolah Seri Serdang. Kami berjaya menewaskan mereka dengan mata 2 : 0. 1 goal disumbangkan oleh Fyra semasa Short Corner manakala *tuutttttt* 1 goal separuh masa kedua. Namun itu tidaklah kami berbangga. Kerana selepas itu kami pula harus menghadap pemain hoki sekolah sukan Selangor yang dipanggil Projek. #ehhh. Pada perlawanan itu, kami berasa letih dan kami pun main dengan biasa-biasa sahaja. Dan mereka memenangi kami 5 : 0.

10 April 2013 : Perlawanan akhir pada hari ini. Sekolah kami lelaki kalah dengan tuan rumah Seksyen 19 1 : 0 dan mereka berlawanan dengan Sekolah Batu 14. Alhamdulillah mereka memenangi 1 : 0 dan juga mendapat tempat ketiga dalam perlawanan Hoki terbaik sekolah. Manakala, kami pula, berlawan dengan Puchong Perdana. Kami amat teruja kerana kami dapat membalaskan goal dengan 1 : 0 untuk budak bola jaring di sekolah kami. Dan bila perkara yang menyedihkan dan tidak disangka, Kami kalah dengan Sekolah Seri Indah 1 : 0. Sangat tergamam sebenarnya dan kami terpaksa menerima kekalahan itu.
Then, straight to the point. Sekolah kami juga kalah dengan Seksyen 19. Sekolah Kami pula terus ditentukan nombor 4 terbaik di kejohanan hoki tersebut.

Pemain Lelaki

Pemain Perempuan

Masa ini mahu menangkap aksi candid. Bahagialah katakan :D

I love your style Cikgu :'D 

Mereka bersama muka poyo saya -.- 

Kami pun mahu berpasangan juga :PP

Dia sahabat aku. Dari form 1 lagi :')

Cuba teka mana saya?

Ini gambar lama sebenarnya, saja tayangkan. Actually, aku rindukan mereka ni :')

And last, saya bersama junior-junior kami. Awesome kan? Peace (Y)

p/s : ayat-ayat skema :P




Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna