FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
That moment :')
July 8, 2012 | 1:17 PM | 0 comments
Saya tengok gambar ni. Cantik. Sama kecil, sama putih, sama tempat lahir, sama tarikh lahir dan mirip muka kita. Yes, kami kembar. Bukan fake dan bukan tipu semata-mata. Ini realiti dan kenyataan. Masa kecil kita main pasir sama-sama, mandi sama-sama, jalan pun sama-sama bukan sama-sama jea berpegang tangan dan kita menhayun sama-sama :'D Saya bersyukur saya dapat menjadi seorang kakak dan kembar awak. Maafkan saya, banyak kesalahan saya buat dekat awak. Saya selalu lalai dengan tanggungjawab saya. Tapi percayalah awak. setiap saat, setiap detik saya tak pernah melupakan awak.

Ada saat yang berlaku, pada masa itu awak berpeluang dapat pergi perkhemahan peringkat kebangsaan. Saya tahu rugilah awak kalau awak tolak peluang pergi ke Kedah tu. Selama 4 hari awak takda. Saya tidur di atas katil kita seorang-seorang. Duduk dalam bilik pun seorang. Saya mengaku saya kesunyian. Di sekolah pula, saya selalu dengan Fyra. Selalu dengan dia, balik pun sama. Dan saya tak pernah lupakan member lain. Saya tetap tegur kawan-kawan awak tu. One more thing saya nak awak tahu. Walaupun saya tak pernah memberithu orang lain tentang perasaan saya pada masa itu. Fyra tetap tahu. Dia tahu yang saya rindukan awak.

Namun semuanya menjadi lain bila awak pulang. Awak kata yang saya lupa awak. Tidak menunggu awak time karnival hoki tu. Tak masukkan nama awak dalam sukan senamrobik tu. Tapi percayalah awak. Saya masuk semua tidak rela. Lagi menyedihkan bila ada kawan karib saya sangat percayai dia mendustakan hubungan saya dan awak. Ya, ayat ini memang seperti cinta. Cinta saya kuat dengan adik saya. Betul-betul tidak sangka dia membelit-belit pandangan dia terhadap saya kepada awak. Malam itu juga kita berbincang. Awak ceritakan segala apa yang dia memberitahu dekat awak. Saya tergamam. Saya menangis. Betul-betul tidak menyangka sampai begitu sekali kedengkian dia buat kat saya. Padahal awak, saya tak buat apa-apa pun dekat dia. Saya selalu menjadi pendengar setia dia. Last, dia buat saya macam ni. Sedih awak. Sedih.

Dan semua perkara menjadi tenang. Bila Fyra memberitahu semuanya dekat awak. Kali pertama saya tengok Fyra ikhlas memberitahu tentang perasaan dia. Member kita yang lain pun menjadi saksi. Dan ia semuanya sudah tenang. Alhamdullilah. Kini semuanya kembali seperti dulu. Boleh gelak-gelak dah. hehehe. Tipulah jika sebarang masalah mahu selesaikan katanya senang dengan mendengar kata orang lain then main past-past. Itu lagilah, menjadikan suasana huru-hara namanya -..-

Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna