FOLLOW? | DASHBOARD?
Patrick Star.
Hari Sukan! ~
June 28, 2011 | 4:51 PM | 0 comments
Hari Ahad lalu Sekolah aku mengadakan Hari Sukan ~Tahunan ke-8. Best tak best, aku datang je. Sebab pagi-pagi buta-buta dah kawad, dan acara lumba lari. Pada pagi hari tu, aku terbangun lambat. Ohh! Inilah padahnya apabila tido lewat :p Mandi kejap, dengar-dengar kawan aku pulak memekak. Hehehe, Patutlah korang tak masuk rumah rupanye aku pergi kunci pintu xD Tu nasib adek aku bukakan. Okayy, daa siap semua. Aku bertolak pergi sekolah. Mase on the way nak pergi tu, kiteorang ternampak pelangi :) Sampai sekolah pun pelangi masih berkelihatan. So, kat sekolah tu jugak aku tangkap. Ain tengok aku tangkap. Die macam pelik-pelik. Lala, die tengok langit tu baru perasan ade ~rainbow! hahhha, lawaklahh kawan aku lagi seorang tu.

Lepas tu, pergi padang jap. Budak kawad semua nak siap dah. Aku yang ketinggalan. Tu nasib tinggal nak pakai boots jea. huhh~ Okayy, pertandingan sudah bermula. Kawad-kawad sampai nak tabit hormat tu, aku dengan orang depan aku tu dah terlajak! Alamak! Aku baru perasan mase habis tabit hormat. Patutlah mase aku habis lalu depan VIP tu rasa lama betul terima arahan 'pandang depan'. Tak pasal-pasal aku dengan orang tu kena tunggu kat depan tu buat muke 10 sen! Selambe je. Ishhh. Habis amek parking semua turhh. Rehatkan diri. Tak kiralah pegang bendera ke sepanduk ke buat je laa. Aku pun nak rehat jugak! hehhe. Tapi, yang aku tak tahan 1! Ucapan Pengetua and Bekas Pengetua Sekolah lama sangat. Dengan tengah-tengah panas ni tambah pula dengan baju tebal 1 inci. Perhh, nak pengsan sial!~ Nasib aku tak pengsan. Cume mata aku kabur je. Penat kalau pandang depan. Aku try pandang bawah. Dah bergoyang dah! Aku tahan tahan, tahan lagi, pukul jap belakang aku. Sedap sikit. Tapi, memang aku teringin nak BARING kat rumput tu! Orang depan aku dah tegur dah, lambat gile orang tua tu cakap. Aku pun cakaplah, ha'ahh doh! Nak pengsan pun ada ni~ Die kata pulak Ishhh! Muka kau pucatlah!!~ Ohh. Aku just senyum je. heh~

Nasib dah habis bagi ucapan semua, Kiteorang pun keluar laa barisan semua tu. Serious, aku tengok kadet-kadet sama dengan aku semua muka pucat. Lepas tu, aku pergi tukar baju sukan. Lepas ni, ada acara pulak. Nervous memang nervous. Berdebar-berdebar semua ade laa. Lama tu acara aku dah mula 4x100. Member aku lari-lari, pas-pas sampai kat aku. Mase aku member aku nak pas kat aku semua dah cau dah. Perh, sakit hati nak potong semua manusia tu. OHH! Aku try kejar budak Hindu tu. tapi tak dapat. Penat punya pasal. Yang semua orang turh, Sorak-sorak lajunye~ lajunye~ lajunye~ Whatever laa wehh. Habis lari tu, diorang cerite pasal kenape jadi macam ni, kenape boleh jadi macam tu. Baru aku tahu pas-pas punye pasal. Tapi takpe weyh! Janji kite dah buat yang TERBAIK! :D Habis lari tu, kawan-kawan aku cakap. Laju jugak kau lari~ Aku cakaplah mane ade! Kau salah tengok ni! ~Betul weh! Aku pun tanya kat Ain dengan Fana. Sape budak pakai baju kuning lari punye laju tu? diorang pun cakaplah fifi~ Die cakap lagi ~yeke? Mase hoki punye lembab die lari. Ain cakap pulak ~die memang kuat lari cume cepat pancit jea. ~ HAHHHAHA. Diorang ni tahu pulak kelemahan aku.

Lepas tu, acara tarik tali. Ala ala acare bermula tu aku pergi lepak dengan manusia-manusia ni. Malas nak taip banyak-banyak lagi. Niehh pic-picnye hahhahahaaa xD









Sampai sini je. Tangkap tak banyak pun. Sibuk punye pasal :)

Older Post | Newer Post

Tagboard




Credit



Basecode by : Jaja
Re-edit by : Athira Zaidi
Background by : Husna